Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat di sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga orang lelaki sekali gus. Selepas memeriksa mayat – mayat tersebut, dia bertanyakan pegawai yang bertugas.
Polis : saya nak periksa sebab – sebab kematian kematian mayat – mayat ini. Tapi saya hairan mengapa ketiga – tiga mayat ini tersenyum?
Penjaga : apa yang saya dengar, lelaki pertama sedang bersanding. Tatkala gembira menghadapi saat perkahwinan dia di serang strok.
Polis : oh, begitu. Bagaimana pula dengan lelaki kedua?
Penjaga : khabarnya si mati menang loteri, lantas dia terkejut dan terus mati akibat di serang sakit jantung.
Polis : bagaimana pula dengan lelaki ketiga?
Penjaga : saya difahamkan dia mati kerana disambar petir.
Polis : apa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : masa tu dia ingat ada orang mengambil gambarnya.







No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..
Sila tinggalkan comment anda yew..:-)